Header Ads

Breaking News
recent

Sebuah Perjalanan ke Pulau Dua atau Kawthaung

Perahu yang menyeberang Sungai Kra pada pagi itu hanya diisi tiga penumpang. Barangkali saya antara penumpang bertuah kerana dilayan seperti VIP. Ramai lagi calon penumpang yang mahu ke seberang sebelah sana, tapi cuma saya, rakan dan seorang penumpang wanita warga Kemboja saja yang diangkut.

Yang lain dibiar menunggu perahu belakang yang masih belum siap. Mujurlah laluan membelah muara sungai ini tak selebar mana. Tebing seberang sana ialah Kawthaung, lokasi kembara saya di bandar paling selatan negara Myanmar. Negara yang ketika ini masih diperintah oleh junta tentera.


No comments:

Powered by Blogger.